Tuesday, April 28, 2009

Pas Gesa Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat PM

Pas menggesa Majlis Raja-raja supaya menimbangkan cadangan untuk menutuhkan Suruhanjaya Diraja dalam mesyuarat Majlis Raja-raja Julai ini, bagi menangkis segala tanggapan negatif terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, memorandum ini ekoran laporan media asing terhadap Najib dan secara tidak langsung laporan media asing tersebut telah mengaibkan negara, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.
Menurutnya, tindakan awal perlu dilakukan dengan segera dalam membersihkan nama PM nagi mengelakkan pihak lain berbuat demikian kerana ia akan merosakkan integriti negara dan Yang di-Pertuan Agong.
"Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh juga telah menggesa Najib supaya membersihkan nama beliau dan mengambil tindakan undang-undang kepada media asing itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.
"Jadi sebab itu, bagi saya tidak ada jalan lain melainkan kita memohon Majlis raja-raja untuk menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja." katanya selepas menghantar memorandum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Srio Engku Ibrahim Engku Ngah, di Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata, Suruhanjaya tersebut bertanggungjawab menyiasat semua dakwaan media asing terhadap Najib dan sekiranya dakwaan itu benar, Majlis Raja-raja melalui Yang di-Pertuan Agong perlu mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Namun sekiranya laporan oleh media asinh tersebut didapati tidak benar, satu tindakan perlu juga diambil.
Ketika disoal mengenai keputusan Kabinet mengenai agama anak pasangan yang menukar agama, beliau berkata:"Kabinet tidak seharusnya melangkaui kuasa perlembagaan kerana negara terbentuk melalui perlembagaan."
Menurutnya, ia juga melibatkan hak seorang ayah untuk menentukan agama anak-anaknya.
"bayangkan bagaimana seorang ayah tidak boleh menentukan agama anak sedangkan itu darah daging mereka." katanya.
Beliau berkata, rakyat beragama Islam diharap bertenang dengan taktik jahat UMNO itu.
Ketika disoal mengenai arahan Suruhanjaya Pilihan Raya yang mahu menghapuskan pondok panas, Mahfuz berkata:"Pondok panas sedikit sebanyak mampu mengurangkan kerja SPR itu sendiri."
Berliau berkata, mereka juga terima jika ia dijauhkan dari pintu masuk pusat pembuangan undi, tetapi jika hapuskannya, ia akan menutup kemudahkan penyokong.

Friday, April 17, 2009

Konsep Satu Malaysia

1. Konsep 'Satu Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana menteri, Dato' Seri Mohd. Bajib bin Tun Abdul razak merupakan pendekatan yang ingin dibawa beliau untuk mencapai matlamat sebuah negara bangsa Malaysia. Pengenalan konsep ini turut selaras dengan matlamat pimpinan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. mahathir dengan konsep 'Bersih , Cekap dan Amanah serta konsep ' Kerja Dengan Saya Bukan Untuk Saya' diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.
2. Pragmatik yang baru iaitu 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kerana beliau melihat bahawa peri pentingnya banga Malaysia untuk masa depan Negara.
3. Konsep'Satu Malaysia' juga dilihat sebagai konsep yang mudah difahami oleh rakyat. Konsep ini juga membayangkan satu negara, satu hati dan konsep ini akan membawa menfaat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
4. 'Satu malaysia' juga memberi pengertian bahawa perlunya kewujudan aemangat kekitaan, kepunyaan, persaudaraan dan keakraban dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.
5. Perpaduan bukannya bererti kesamaan semua orang(unity is not uniformity). Impian yang tersirat di bawah konsep 'Satu malaysia' ialah suatu harapan untuk mencapai titil pertemuan dalam perbezaan dan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia ini. Titik pertemuan inilah merupakan kunci kepada perpaduan.
6. Sejaka merdeka hingga kini Malaysia mengamalkan integrasi dan bukannya asimilasi seperti Thailand dan Indonesia. Semua harus menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan agama, maka perpaduan perlu dibentuk dalam kepelbagaian (unity in diversity) melalui integrasi.
7. Konsep 'Satu Malaysia' ini turut bererti bahawa tiakan ada kaum yang akan terpinggir dari arus pembangunan negara.
8. Konsep'Satu Malaysia' ini membayangkan hasrat YAB Perdana Menteri benar-benar menumpukan dan mengutamakan aspek bagaimana untuk menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
9. Untuk merealisasikan matlamat 'Satu Malaysia' ia amat bergantung kepada sikap rakyat iaitu sikap hormat menghormati dan memahami antara satu sama lain. Ketiadaan sikap ini dilihat sebagai halangan besar kepada konsep 'Satu Malaysia'