Tuesday, April 28, 2009

Pas Gesa Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat PM

Pas menggesa Majlis Raja-raja supaya menimbangkan cadangan untuk menutuhkan Suruhanjaya Diraja dalam mesyuarat Majlis Raja-raja Julai ini, bagi menangkis segala tanggapan negatif terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, memorandum ini ekoran laporan media asing terhadap Najib dan secara tidak langsung laporan media asing tersebut telah mengaibkan negara, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.
Menurutnya, tindakan awal perlu dilakukan dengan segera dalam membersihkan nama PM nagi mengelakkan pihak lain berbuat demikian kerana ia akan merosakkan integriti negara dan Yang di-Pertuan Agong.
"Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh juga telah menggesa Najib supaya membersihkan nama beliau dan mengambil tindakan undang-undang kepada media asing itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.
"Jadi sebab itu, bagi saya tidak ada jalan lain melainkan kita memohon Majlis raja-raja untuk menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja." katanya selepas menghantar memorandum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Srio Engku Ibrahim Engku Ngah, di Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata, Suruhanjaya tersebut bertanggungjawab menyiasat semua dakwaan media asing terhadap Najib dan sekiranya dakwaan itu benar, Majlis Raja-raja melalui Yang di-Pertuan Agong perlu mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Namun sekiranya laporan oleh media asinh tersebut didapati tidak benar, satu tindakan perlu juga diambil.
Ketika disoal mengenai keputusan Kabinet mengenai agama anak pasangan yang menukar agama, beliau berkata:"Kabinet tidak seharusnya melangkaui kuasa perlembagaan kerana negara terbentuk melalui perlembagaan."
Menurutnya, ia juga melibatkan hak seorang ayah untuk menentukan agama anak-anaknya.
"bayangkan bagaimana seorang ayah tidak boleh menentukan agama anak sedangkan itu darah daging mereka." katanya.
Beliau berkata, rakyat beragama Islam diharap bertenang dengan taktik jahat UMNO itu.
Ketika disoal mengenai arahan Suruhanjaya Pilihan Raya yang mahu menghapuskan pondok panas, Mahfuz berkata:"Pondok panas sedikit sebanyak mampu mengurangkan kerja SPR itu sendiri."
Berliau berkata, mereka juga terima jika ia dijauhkan dari pintu masuk pusat pembuangan undi, tetapi jika hapuskannya, ia akan menutup kemudahkan penyokong.

1 comment:

Anonymous said...

agaknya PAS ni nak sangat Nik Aziz atau hadi tu jadi PM kot? Tamak kuasa lak aku tengok .. ;)