Tuesday, September 9, 2008

Barisan Gubal Kod Etika

Barisan Nasional(BN) akan menggubal kod etika bagi memastikan ahli parti gabungan itu tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan ahli lain. Perdana Menteri berkata, kod etika itu khusus berkaitan hubungan sesama parti komponen bagi mengelak tindakan di luar kawalan, seperti menyentuh isu perkauman.
Beliau berkata,kod etika itu antara lain mengandungi perkara yang berhubung kait dengan Akta Hasutan dan Perlembagaan Persekutuan. Apabila ditanya sama ada hak keistimewaan orang melayu dan perkara berkaitan kontrak sosial akan turut dimasukkan ke dalam kod etika itu bagi melarang perkara itu daripada disentuh, beliau berkata perkara yang tidak perluaaaaaaaaaa aaditimbulkan tidak payah ditimbulkan.
Belioau yang juga Pengerusi BN berkata, kod etika itu akan menjadi satu ketetapan bagi Dewan Tertinggi BN supaya perkara yang menyentuh perasaan ahli parti komponen tidak akan berlaku lagi. Abdullah berkata, tindakan serta-merta akan diambil terhadap ahli BN yang melanggar kod etika itu.
"Kelengahan daripada tindakan terhadap ahli yang membuat kenyataan terbabit akan membawa kesan buruk dan membawa kemarahan rakyat. Abdullah menegaskan BN sebagai parti pelbagai kau yang mendapat sokongan majoriti rakyat , perlu memikul amanah itu sebaik mungkin. Beliau berkata, Dewan Tertinggi BN juga menerima cadangan kr arah perubahan dalam BN dan lebih banyak mesyuarat yang membabitkan penyertaan semua parti komponan akan diadaka. katanya, kita perlu mewujudkan sati badan penyelidikan yang dianggotai semua wakil daripada parti komponen dan bukannya dikhaskan kepada satu parti politik saja.
Beliau berkata, perlu ada komitmen berama antara ahli gabungan parti komponen bagi menunjukkan BN saling memahami dan komitedd dalam segala aktiviti yang dirancang.
Apa yang menggembirakan saya ialah ketegasan semua pemimpin BN yang mahu kita semua mesti bersama dalam menghadapi apa juga ancaman ringan.
Kita mesti bekerjasama untuk mengatasi semua itu dan BN juga mesti sentiasa mendengar suara rakyat dan kehendak mereka kerana ia amat penting"

No comments: