Wednesday, October 8, 2008
Abdullah Tidak Bertanding Presiden UMNO
Perdana Menteri YAB Dato' Seri Abdullah Badawi tidak akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada bulan Mac 2009. Sehubungan itu beliau ingin menyerahkan kepimpinan negara kepada bakal penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau tidak mahu melihat UMNO dan Barisan nasional(BN) berpecah belah. UMNO dan BN perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran-cabaran global. Di samping itu kita perlu mempercepatkan evolusi dan proses pematangan. Dalam menghadapi perubahan dan tranformasi ini rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati. Beliau menambah, ini bukan masanya untuk kita berbalah sesama sendiri atau untuk kita berpolitik secara sempit. Sebaliknya ini adalah masa memperkukuhkan perpaduan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment