Wednesday, October 15, 2008

Penduduk Terkejut MBI naikkan Cukai Pintu

Penduduk di bandar Baru Sri Klebang, Chemor, Ipoh terkejut apabila menerima notis Majlis bandaraya Ipoh(MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu sebanyak 500 pearatus bermula November ini.
Penduduk terbabit melahirkan rasa marah dan kesal membertahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.
Seorang penduduk berkata, pihaknya yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Nasional(BN) berkuasa di Perak
Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadk pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya sebanyak RM691.20 setahun.
Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepadanya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990,13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang 31200, Chemor. Dalam notis tersebut, MBI memaklumkan bahawa mereka akan meminda senarai nilaian hartanya itu daripada RM680.00 kepada RM4320 setahun, manakala cukai yang sebelum ini dibayar RM108.80 sahaja dinaikkan kepada RM691.20 Kadar kenaikan itu ialah kira-kira 535.29 peratus etahun.
Penduduk berkenaan, seorang ahli perniagaan berkata, MBI ada memaklumkan bahawa sesiapa yang rasa musykil dengan pindaan nilai tahunan tersebut atas mana-mana alasan yang ditetapkan di dalam Seksyen 142, Akta Kerajaan Tempatan 1972 boleh membuat bantahan secara bertulis kepada Datuk Bandar Ipoh.
Sekiranya tiada bantahan, beliau berkata, nilai tahunan harta dan cukai tahunan yang dicadangkan itu akan dipinda senarai nilaiannya pada 25 Oktober dan cukai taksiran baru dikuatkuasakan mulai 1 November depan.
Pihaknya memang menjangkakan cukai pintu akan dinaikkan, tetapi tidaklah terlampau tinggi sehingga mencecah lebih 500 % atau hampir lima kali ganda berbanding cukai tahun sebelum ini.
Seorang lagi penduduk berkata beliau terpaksa membayar cukai pintu berjumlah RM691.20 sebelum ini jika MBI menguatkuasakan cukai baru yang dicadangkan itu.
Beliau turut berpendapat adalah tidak wajar MBI menaikkan cukai pintu yang terlampau tinggi tanpa sebarang alasan yang memunasabah.
Pihaknya telah menghantar surat rasmi untuk membantah cadangan kenaikan cukai itu kepada Datuk Bandar Ipoh, Menteri Besar Perak dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga bekas Menteri Besar Perak.

No comments: