Sebarang cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) satu parti pelbagai kaum ibarat membubarkan UMNO yang selama ini menjadi tunjang kepada kekuatan kerajaan memerintah.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sebagai anggota UMNO, beliau melihat cadangan tersebut merupakan satu tamparan hebat,seolah-olah UMNO sudah tidak lagi relevan dalam konteks politik tanah air sekarang.Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman berkata, berdasarkan prestasi pada pilihan Raya Umum ke-12 Mac lepas, walaupun jumlah kerusi yang dimenangi UMNO kurang iaitu 79 kerusi, angka tetrsebut masih lagi besar berbanding parti komponen BN lain dan ia tidak banyak bezanya dengan pencapaian keseluruhan Pakatan Rakyat iaitu 82 kerusi.
Kata Shabery lagi UMNO masih kuat dan relevan dalam membangunkan negara dan rakyat malah dalam rantau ini Malaysia adalah antara yang terbaik hasil daripada kejayaan kerajaan BN yang diterajui UMNO.Menguluas lanjut, Shbery berkata, bentuk kerjasama yang ada sekarang antara parti-parti komponen BN adalag terbaik dalam membangunkan negara dan rakyat. Kalau ada kelemahan dalam BN, perlu diperbaiki, tidak perlu mengubah struktur yang ada sekarang. Apa yang penting sekarang ialah memperkukuhkan BN dan mencari jalan untuk mendapatkan kembali sikongan rakyat terhadap parti berkenaan. Dalamsejarah, ada turun naik, kali ini kita lihat prestasi BN turun. Tetapi itu tidak bermakna BN perlu mengubah segala-galanya. Ini kerana tiap kali ada masalah ekonomi boleh menyebabkan masalah politik dabn sebagainya. Beliau berkata, dalam keadaan politik sekarang, biarlah mereka yang menawarkan duru untuk bertanding jawatan-jawatan tertinggio [parti diberi keutamaan untuk dipilih.
Sunday, October 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment