Thursday, November 12, 2009

Dewan Rakyat ditangguh 10 minit akibat kecoh

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selama 10 minit selepas timbul kekecohan apabila wakil pembangkang marahkan pengunaan perkataan "kera dalam sarkas" dan peribahasa "seperti anjing menyalak bukit" oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar. Keputusan itu diambil Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, selepas berlaku pertikaman lidah antara Noh dan Ahli Parlimen pembangkang berhubung borang permohonan baucer program subsidi beras untuk rakyat (Subur) ketika menteri itu sedang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat dasar hari ini. Kekecohan bermula apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan terdapat ruang pada borang permohonan baucer itu untuk mendapatkan tanda tangan Ketua Umno Bahagian sebagai satu daripada syarat kelulusan, seperti yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina.

No comments: