Thursday, November 13, 2008

Amaran Mahathir kepada Melayu

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin yassin berkata, kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri merupakan amaran tegas kepada orang Melayu supaya tidak mengambil mudah sesuatu perkara.
"Kalau berlaku pergeseran yang mana melayu tidak bersatu atau tidak bercakap dalam satu nada, kita akan lihat orang lain menerajui kerajaan.
"Ia adalah amaran tegas, khususnya kepada orang Melayu supaya mereka sentiasa bersatu padu untuk menerahui kepimpinan negara sudah 52 tahun ahli daripada UMNOmenjadi Perdana Menteri dan ii tidak salah,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri, datuk Seri Abdullah Ahmad badawi merasmikan Pameran Perdagangan(INtrade) malaysia dan Forum Perdagangan Antarabangsa(KLITF) 2008 di Kuala Lumour.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir yang membidas pihak tertentu yang cuba membangkitkan persoalan tentang keperluan mempunyai seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu atas alasan agar negara tidak dilihat mengamalkan perkauman.
Menurutnya, parti yang mewakili kaum Melayu, sebagai contoh UMNO yang mengetuai parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili Cina,India,penduduk Sabah atau Sarawak perlu terus kukuh dan bersatu bagi memastikan orang Melayu terus menjadi Perdana Menteri sama ada secara tradisi atau konvensyen.
"Apa yang dikatakan oleh Tun tidak harus mewujudkan polemik kerana ia(keyataan) yang berasaskan kepada apa yang terkandung dalam perlembagaan yang tidak menyatakan perdana Menteri mesti berasaskan kaum.
"Bagaimanapun, saya tidak mengatakan sama ada saya bersetuju atau tidak mengenainya." katanya.
Beliau berkata perkara itu bergantung kepada arakyat dan senario politik negara pada masa hadapan

No comments: