Lembaga Disiplin UMNO dan Badan Pencegah Rasuah(BPR) sudah menemui mekanisme yang akan digunakan untuk menyiasat dakwaan rasuah,politik wang dan salah guna kuasa sepanjang persidangan perwakilan Umno serta pencalonan pemilihan parti itu,Mac depan.
Dua mesyuarat antara Lembaga Disiplin dan BPR di sini turut bersetuju untuk mengambil beberapa langkah khusus dalam usaha membendung gejala politik wang daripada berleluasa.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, tan Sri Tengku Ahmad Rithaudden Tengku Ismail, Mengsahkan pihaknya sudah dua kali bermesyuarat dengan BPR sejak 3 hari lalu berhubung isu rasuah, politik wang dan salah guna kuasa menjelang pemilihan parti itu.
salam mesyuarat itu,mereka berbincang secara khusus mengenai baagaiman gejala politik wang dan Lembaga Disiplin serta BPR bersetuju untuk terus bekerjasama dalam perkara itu.
Dalam mesyuarat itu, BPR diwakili Timbalan Ketua Pengarah ,Datuk Abu Kassim Mohamed dan Pengarah Siasatan, Datuk Shukri Abdull.
Thursday, November 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment