Wednesday, November 5, 2008

Gerakan Sokong Papan Tanda Pelbagai Bahasa

Gerakan Negeri Pulau Pinang menyokong keputusan Kerajaan Pulau Pinang berhubung pemasangan papan tanda pelbagai bahasa di Tapak Warisan Dunia di bandar ini.
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, datuk Dr. Teng Hock nan, berkata cadangan itu sesuai dengan penduduk daripada pelbagai kaum di negeri tersebut.
"Papan tanda itu dapat memperkenalkan budaya negara ini kepada pelancong sekaligus meningkatkan ekonomi terutama industri perhotelan," katanya dalam kenyataan di George Town semalam.
Teng berkata, isu papan tanda pelbagai bahasa sudah banyak kali dibangkitkan sejak Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

No comments: