Thursday, November 6, 2008

Senarai Harga Barang terpilih di laman Web

Kerajaan akan menyenaraikan harga barang setiap pasar raya terbabit dalam Kempen Penurunan Harga Barang di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai membuat perbandingan harga ketika berbelanja.
Menteri Perdagangan dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata penyenaraian harga barang terpilih itu dilakukan di laman web kementeriannya(www.kpdnhep.gov.my) dan dikemaskini setiap minggu.
Katanya, Majlis Harga Barang Negara(MHBN) akan melaksanakan pemantauan harga barang di semua pasar raya dengan hasil kajiannya akan dipamerkan di laman web kementerian sebagai panduan orang ramai. Barang dijual di semua pasar raya menerusi Kempen Penurunan Harga Barang ini cukup muruh dan tidak membebankan rakyat, walaupun ada perbandingan harga dibuat.

No comments: