Raja Muda Perak, raja Dr Nazrin Shah bertitah, institusi raja tidak semestinya memberi perkenan kepada nasihat yang diberi kepemimpinan pilihan rakyat sekiranya ia bercanggah dengan semangat Perlembagaan, bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan dan melanggar keadilan sejagat.
Baginda bertitah, setiap pandangan dan teguran raja membabitkan urus tadbir negara yang menyentuh soal integriti, perundangan, kehakiman,penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan agihan kemakmuran adalah bagi menghasilkan kerajaan yang stabil serta mendapat kepercayaan rakyat.
"Demi memastikan integriti raja tidak dipersoalkan, raja harus bijaksana, menguasai pengetahuan dan memahami persekitaran yang berlaku bagi membolehkan keputusan berintegriti yang tepat serta adil dilaksanakan. Integriti akan pupus bukan disebabkan raja atau pemimpin atasan tetapi disebabkan mereka yang bertanggunjawab memagari pemimpin yang tidak memiliki kekuatan gagal memperbetulkan yang salah." titahnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Eksekutif sempena Sambutan Hari Integriti dan Konvensyen Integriti Nasional di Kuching, semalam. Majlis turut dihadiri Ketua Menteri sarak, Tan Sri Abdul taib mahmud; Timbalan Ketua Menteri, tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Ketua Hakim Negara, tan Sri zaki Azmi. raja Nazrin bertitah, integriti bukan teori atau konsep baru tetapi ia adalah prasyarat dalam membentuk tadbir urus bersih, cekap dan amanah dalam mendukung budaya pentadbiran nagi membina tamadun agung. Titahnya, keruntuhan empayar, kemusnahan tahtah, kehancuran negar dan kehancuran pemimpin sering disebabkan amalan serta perbuatan mengenepikan integriti.
"Krisis melanda kerajaan, institusi kewangan dan organisasi perniagaan berpunca daripada kegagalan memberi perhatian serta kegagalan mengamalkan budaya berlandaskan integriti.
Titahnya, integriti menjadi lebih relecan apabila raja memeluk Islam dan diberi pengiktirafan sebagai ketua agama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment