Tuesday, December 9, 2008

'Haramkan serta-merta pembangunan lereng bukit'

Kerajaan harus mengharamkan erta-merta semua pembangunan di kawasan cerun dan lereng bukit sehingga diperakui selamat untuk diteruskan dan undang-undang lebih ketat digubal bagi kawasan tanah tinggi, bukit serta cerun.
Presiden Majlis Peguam Malaysia(Majlis Peguam),Datuk Ambiga Sreenivasan, berkata kerajaan wajar mengambil keputusan tegas bagi mengelakkan berulangnya tragedi seperti di Bukit Antarabangsa, aal pagi Sabtu lalu, yang mengorbankan empat mangsa.
"buat masa sekarang, orang ramai yang khuatir kediaman mungkin diancam tanah runtuh akibat projek pembangunan boleh memohon perintah penyekatan bagi menghalang pemaju meneruskan kerja.
"Kerajaan perlu mengkaji sama ada kejaian tanah runtuh yang berlaku setakat ini adalah bencana alam atau akibat perbuatan manusia dan mengemas kini undang-undang berkaitan selain meningkatkan usaha menguatkuasa syarat terbabit," katana ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk eri Mohd. Ali Rustam, berkaa beliau secara peribadi berpendapat, sekiranya kawasan perumahan sekitar Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang dekat Kuala Lumpur masih berisiko tinggi u tuk diduduki adalah wajar untuk penduduk mengosongkan kediaman mereka demi keselamatan.
Katanya, kejadian tanah runtuh kelmarin yang meragut empat nyawa adalah insiden keempat menimpa kawasan sekitar Bukit Antarabangsa."Saya tengok kawasam ini sudah tiga kali berlaku kejadian tanah runtuh, kalau sya...saya akan mengarahkan semua penduduk keluar kerana nyawa lebih penting," katanya ketika mengadakan lawatan ke lokasi tanah runtuh semalam.

No comments: