Monday, December 15, 2008

Pembangkang sokong SPRM

ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha kerajaan memerangi rasuah dengan membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) 2008 pada Sidang Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.
bagaimanapun, beliau berkata , penubuhan SPRM masih mempunyai kelemahan ketara kerana masih terikat dengan eksekutif terutamanya Perdana Menteri.
"Pakatan Pembangkang akan menyokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri itu dengan syarat pindaan dilakukan bagi memberi suruhanjaya lebih kebebasan termasuk kuasa pendakwaan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang SPRM 2008 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, berdasarkan Seksyen 5(1) dan Seksyen 5(3), perlantikan Ketua Suruhanjaya dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah(LPPR) yang berasaskan Seksyen 13(2)(a) masih di atas nasihat Perdana Menteri.
Jelasnya, peruntukan itu membuktikan suruhanjaya yang dimaksudkan masih belumbebas sepenuhnya dan dikhuatiri terdedah pada sebarang manipulasi eksekutif.
Anwar turut memberi perhatian terhadap kes-kes rasuah terdahulu, berprofil tinggi dan membabitkan orang ternama yang masih belum diambil tindakan.
"Kita masih menunggu sebarang tindakan tegas diambil bagi kes-kes melibatkan wang Perwaja dan Sistem Penerbangan Malaysia(MAS)," ujarnya.
Beliau turut menyarankan, dalam memastikan suruhanjaya tersebut benar-benar bebas, ahli-ahlinya mesti dilantik oleh J/Kuasa Khas Parlimen agar calon yang paling layak sahaja dilantik, bukan sahaja segi teknikal tetapi juga bersih daripada tuduhan dan celaan.

No comments: