Friday, December 12, 2008

Perak lulus beli Toyota Camry ganti Protom Perdana V6

Kerajaan Perak hari ini meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(Exco) dan Pegawai Kanan Kerajaan negeri itu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengimumkan perkara berkenaan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.
"Dalam mesyuarat Exco hari ini, kerajaan negeri memutuskan untuk menukar kereta rasmi yang dinu pakai Exco dan pegawai kanan daripada Proton Perdana kepada Camry 2.4.
"Kita terpaksa bayar cukai kepada kerajaan, jadi sebuah kereta ini akan menelan belanja sebanyak RM167,000 dan kos keseluruhan pembelian ini melibatkan perbelanjaan melebihi RM2 juta,"katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Exco Perak di sini hari ini.
Semasa Pesidangan Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak pada 13 November lepas, kerajaan negeri mendakwa kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini membelanjakan kira-kira RM1.3 juta bagi kos penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan rasmi Menteri Nesar serta Exco Perak dari tahun 2004 hingga Mac 2008.

No comments: