Tuesday, December 9, 2008

Siasatan tiga kes salah urus dana awam selesai

Bdan Pencegah Rasuah(BPR) sudah selesai menjalankan siasatan terhadap sekurang-kurangnya tiga kes salah pengurusan dana awam yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2007.
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata kertas siasatan semua kes membabitkan laporan berkenaan dapat dilengkapkan selepas pihaknya mengumpul keteranan serta dokumen berkaitan yang diperlukan baru-baru ini.
"Ketika ini, Bahagian Pendakwaan BPR sedang meneliti laporan hasil siasatan yang dijalankan sebelum memutuskan tindakan lanjut yang perlu diambil, sama ada iteruskan dengan proses pendakwaan di mahkamah atau mendapatkan maklumat tambahan untuk mengukuhkan lagi kertas siasatan," katanya ketika dihubungi semalam.
Laporan Ketua Audit Negara 2007 yang dibentangkan di Parlimen pada 29 Ogos lalu mendedakan wujud banyak kelemahan di beberapa kementerian dan agensi kerajaan.
Antaranya kehilangan peralatan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris(PPSMI) bernilai RM9.56 juta dan kelemahan pengurusan sistem kompaun Jabatan Alam Sekitar(JAS) di bebera negeri.
Isu lain dilaporkan sebelum ini ialah penggunaan tanah milik Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan tungakan saman trafik, pelaboran RM537.04 juta(Composite Technology Research Malaysia Sdn.Bhd.(CTRM) yang dimiliki anak syarikat berpangkalan di Amerikat, tetapi mencatatkan kerugian serta pembelian mesin pengimejan oleh Kementerian Kesihatan bernilai RM33 juta .
Turut idedahkan laporan audit itu ialah kelemahan pengurusan berhubung program Latihan KhidmatNegara(PLKN) dan Projek pangkalan Tentera laut Diraja Malaysia(TLDM) Markas Wlayah Laut 11, Teluk Sepanggar, Sabah.

No comments: