Monday, December 15, 2008

Perak, Kedah tidak patriotik

Kerajaan campuran Perak dan Kedah dibidas kerana tidak mempercayai kereta keluaran tempatan iaitu Proton Perdana V6 Executive yang digenakan sebagai kenderaan rasmi, sebaliknya lebih senang dengan kereta import.
Ahli majlis Tertinggi(MT UMNO, datuk Seri Dr. Ahmad zahid Hamidi berkata, kedua-dua kerajaan pakatan pembangkang itu sepatutnya berbangga dengan produk tempatan kerana mereka adalah sebahagian daripada rakyat negara ini.
Menurutnya, kerajaan pakatan pembangkang mempunyai alasan tersendiri untuk menolak penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi tetapi hakikatnya mereka tidak mahu menyokong projek kerajaan Persekutuan.
"jangan jadikan kos penyelenggaraan yang tinggi sebagai alasan kerana sudah jelas mereka bukan di kalangan pemimpin yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Sebaliknya, lebih mempercayai kereta keluaran asing berbanding sendiri," katanya selepas merasmikan Kursus Pembangunan dan Pengurusan Zakat Antarabangsa 2008 di bangi.
Beliau mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri Perak menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan.
Kedah juga dilaporkan akan mengikut langkah kerajaan campuran Perak menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive dengna jenama lain sekiranya keadaan kewangan mengizinkan.
Ahmad zahid memberitahu, apa yang dilakukan parti pembangkang itu hanya untuk mencari kelainan bagi membezakan mereka dengan kerajaan Persekutuan.
"Buat apa nak beza-beza. Rakyat sudah tahu bahawa keputusan mereka untuk membeli kereta import adalah bersifat membazir terutama semasa negara berdepan dengan krisis ekonomi global," ujarnya.

No comments: