Tuesday, December 16, 2008

INTIPATI RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN SAKSI 2008

  1. Program Perlindungan Saksi akan disenggarakan oleh ketua Pengarah serta dibantu timbalannya yang terdiri daripada anggota perkhidmatan awam
  2. Saksi yang mahu menyertai program boleh memohon kepada ketua Pengarah atau mengemukakannya melalui sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.
  3. Pemohon perlu mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai semua obligasi undang-undang yang belum selesai termasuk rekod jenayah, tunggakan cukai dan hutang serta prosiding sivil terhadapnya.
  4. Saksi ke jenayah berat dilindungi daripaa diancam dan diugut termasuk dengan mewujudkan identiti baru
  5. Identiti asal saksi yang diberikan identiti baru tidak akan didedahkan dalam apa cara sekalipun
  6. Saksi akan disediakan tempat tinggal, pengangkutan bagi urusan pemindahan, bayaran yang setara dengan pendapatan dan jika tidak bekerja, diberi bayaran sara hidup, bantuan mendapatkan pekerjaan dan pendidikan.
  7. Tiada seorang pun boleh mempunyai akses kepada daftar dan dokumen yang disimpan oleh Pendaftar kecuali Menteri,Peguam Negara, Ketua Pengarah dan orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Peguam Negara.
  8. Hanya Peguam Negara mempunyai kuasa muktamad untuk memutuskan sama ada seseorang saksi itu hemdak dimasukkan ke dalam program atau sebalikny, berdasarkan syor Ketua Pengarah
  9. Jika didapati memberikan maklumat palsu semasa memohon, seseorang itu boleh didenda sehinga RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

No comments: